top of page

LOKASI MENARIK

Semeling-Street-Art-Image.jpg

LOKASI
KAMI

​AKTIVITI MENARIK DI SEKITAR HOMESTAY

  • Menikmati kesejukan Air Terjun Batu Hampar atau mandi sungai dengan panorama alam semulajadi yang indah di Hutan Lipur Rekreasi Tupah.

  • Menggali sejarah warisan Kerajaan Kedah Tua di Muzium Arkeologi Candi Lembah Bujang dan Tapak Warisan Arkeologi Sungai Batu

  • Menaiki bot di sepanjang Sungai Semeling

  • Rakamkan gambar kenangan anda di Semeling Street Art dengan pelbagai hasil karya kreatif yang di lukiskan di sepanjang deretan kedai di Jalan Raya Semeling

  • Membeli-belah serta rasai masakan panas dengan hasil lautan yang fresh di Tanjung Tanjung Dawai yang merupakan destinasi wajib harus dilawati. Jangan lepaskan peluang unutk membeli hasil lautan dan makanan kering seperti ikan bilis, ikan masin, belacan dan macam-macam lagi. Keropok yang dijual di sini juga datang dalam pelbagai perisa seperti ikan, sotong dan udang.

  • Inginkan pengalaman yang berbeza sewaktu ke pantai? Anda boleh menaiki bot tambang daripada Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka. Anda boleh berkelah serta mandi manda di Pantai Merdeka yang indah dan nyaman.

  • Ingin menerokai Gunung Tertinggi di Kedah, jom terokai Gunung Jerai yang pastinya memukau dengan pemandagan yang sangat indah.

  • Jom terokai dan beriadah bersama kelaurga di Taman Tema Air The Carnival Water Park

  • Jangan lupa singgah makan Mee Kuah Tulang di Kampung Singkir Darat

TEMPAT MENARIK BERHAMPIRAN HOMESTAY

  • Berdekatan dengan kedai runcit dan pekan merbok (1 minit)

  • Berhampiran dengan pelbagai kedai makan dan restoran di sekitar Merbok (3 minit)

  • Berdekatan dengan Air Terjun Batu Hampar dan Hutan Lipur Rekreasi Tupah (3 minit)

  • Berdekatan dengan Muzium Arkeologi Candi Lembah Bujang(3 minit)

  • Lokasi yg sangat dekat dgn UiTM Merbok (5 minit)

  • Berdekatan dengan MRSM Merbok (10 minit)

  • Berdekatan dengan Tapak Warisan Arkeologi Sungai Batu (10 minit)

  • Berdekatan dengan Sungai Semeling (15 minit)

  • Berdekatan dengan Pusat Rekreasi Tanjung Dawai dan Pasar Makanan Laut Kering Tanjung Dawai (15 minit)

  • Berhampiran dengna kaki bukit Gunung Jerai ( 15 minit)

  • Berhampiran dengan Pusat Bandar Sg. Petani (20 minit)

Jeti-Sungai-Semeling-Image.jpg
Pantai-Merdeka-Sungai-Petani-Kedah.jpg
Air-Terjun-Tupah-Image.jpg
bottom of page